Friday, November 5, 2010

makan maggi

makanan asasi aku kat kolej adalah mee segera. kadang- kadang aku rase macam aku amek kursus diploma in instant noodles testing. segala brand mee segera dah aku makan. tapi brand yang lazimnya ada kat dalam locker aku, of course la maggi. kalau korang semua nak tau, maggi ni terkenal kat serata dunia, bukan malaysia je.. antara negara negara yang rakyat nya tau tentang kewujudan maggi and suka makan maggi adalah, Australia, Nepal, Afrika Selatan, Brazil, Filipina, New Zealand, Singapura, Sri Lanka, India, Bangladesh dan Pakistan. dekat Malaysia dengan India adalah dua negara yang famous gila gabai dengan perkataan Maggi. bila sebut mee segera je mesti Maggi. walaupun brand mee segera tu bukan maggi. satu perkara yang aku pelik, kenapa ada je orang yang tak puas hati bila aku nak makan maggi, otak lembab la, pe la. menurut ape yang aku baca, penambah perisa iaitu serbuk perencah maggi tu, di buat daripada unsur2 makanan macam jagung dan ubi. mee tu pulak di buat daripada gandum. i don't see any ramuan pelembap otak kat situ. besides, aku tak pernah pun lagi sakit sebab makan maggi. kat kolej aku ramai je budak2 intelek cerdik pandai yang makan berbungkus2 maggi tiap2 bulan. ape yang aku tahu, maggi itu sedap, mengenyangkan dan menjimatkan. ok la, maggi aku pun dah kembang, aku nak makan dulu. peace out, bon appetite!

No comments:

Post a Comment